Perniagaan Internet

Hari kedua dalam tahun 2012, Perniagaan Internet aku berjalan seperti biasa cuma Pemasaran berjalan dengan perlahan, sibuk dengan saudara mara yang balik dari Kuala Lumpur. Hari ni tinggal adik ipar jea belum balik lagi, sekarang tengah guna P1 milik dia yang laju berdesup untuk kawasan Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Sedikit coretan sebelum pergi ke tajuk entry ni yang merupakan perkongsian mengenai cara Pemasaran berkesan.

Mempunyai perniagaan di Internet merupakan satu cara menambah pendapatan pada era teknologi maklumat ni. Caranya yang ringkas dan mudah jika kena pada caranya sangatlah membantu untuk menampung perbelanjaan yang pada masa ini sangatlah meningkat.

Mengapa saya kata mudah Perniagaan Internet ni?

Pernahkah anda bayangkan anda berniaga tanpa perlu menjaga tapak atau kedai perniagaan anda? analoginya jika anda membuka kedai kek di satu kawasan perumahan. Adakah anda dapat beroperasi dengan menutup pintu kedai atau tapak itu?  dengan perniagaan internet, anda mampu untuk tidur sekalipun dan perniagaan anda berjalan dengan autonya, untuk masa tertentu anda hanya perlu memeriksa email anda untuk mendapat pesanan. Malah ini yang berlaku kepada isteri saya, beliau merupakan seorang peniaga kek di kota bharu, beroperasi di rumah di kawasan perumahan sepertimana contoh diatas, cumanya kami beroperasi melalui konsep Perniagaan Internet. Dengan hanya memiliki blog dan sedikit kelengkapan membuat kek, kami bermula dengan mempromosikan laman blog kami.

perniagaan internet

Over Pertama Kami

Mixer Pertama Kami

Menamakan Syarikat kami Niks Resources dengan mendaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kami melangkah kecil dan terus melangkah. Amsyarbaker adalah nama yang dipilih untuk produk kek dan kek cawan kami. Dengan semangat untuk majukan Amsyarbaker.com saya telah melalui proses belajar memasarkan produk kami di Internet. Konsep perniagaan internet yang dipilih memang tak salah, dengan mempelajari dan mempraktikalkan apa yang dibelajari kami telah melangkah untuk membesarkan langkah perniagaan kami.

Langkah membesarkan perniagaan kami adalah bagi menampung permintaan pelangan yang telah mengenali kami dari konsep perniagaan internet kami.

oven Amsyarbaker

Mixer Amsyarbaker

 

Pemasaran yang saya terapkan adalah 100% daripada Online, kami tidak pernah buat flyers,bunting atau banner, cara pemasaran adalah melalui internet secara online sahaja. Banyak cara yang telah saya aplikasikan untuk mempromosikan laman web amsyarbaker, ada antaranya memberi kesan yang baik dengan pelaburan yang sikit, dan ada yang sebaliknya. Mengeluarkan modal yang banyak tapi pulangan trafik adalah tidak munasabah sama skali. Inilah pengalaman yang saya lalui sepanjang mengendalikan Pemasaran Cupcake Kota Bharu kami ini.

Di internet untuk memasarkan perniagaan internet yang bersifat lokaliti adalah sedikit rumit, ini kerana keluasan internet melepasi batasan lokaliti. Tetapi dengan pengalaman yang telah terbina dengan proses pembelajaran, Try and Error, saya dapat menguasai bagaimana caranya  memasarkan produk yang bersifat lokaliti seperti perniagaan isteri saya.

Pengalaman yang dicoretkan ini bukanlah untuk menunjuk nunjuk, tapi ini adalah perkongsian kepada anda diluar sana yang ingin memiliki perniagaan internet untuk apa pun perniagaan anda, kami disini sudi berkongsi pengalaman dan ilmu.Moga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada setiap diluar sana untuk mengambil langkah positif dengan memulakan perniagaan online secara teratur dan sirius. Bagi yang berminat untuk bertanya atau apapun niat anda ada kaitan dengan amsyarbaker, silalah kelaman web kami, www.amsyarbaker.com atau emailkan pertanyaan ke amsyarbaker@gmail.com atau telifon terus ke 0179066702.

Perniagaan Internet

{ 0 comments }

Mengapa RefererX Mini

1. Internet adalah satu ruang yang sangat luas, malah batasanya masih lagi menjadi tanda Tanya. Jadi bayangkan anda memiliki 1 Blog, dan ingin blog anda dikenali ramai, apa yang anda boleh buat?
2. Perkembangan ilmu teknologi maklumat sekarang sudah menjadi rumit kerana saingan yang wujud. Bayangkan sehari bukan berpuluh blog baru berdaftar, tapi beribu blog baru berdaftar di alam maya. Perkembangan ilmu ini membuat ramai yang ketinggalan dan hanya sedikit yang dapat manfaatnya. Ilmu- SEO,Webmaster untuk carian dll.
3. Anda telah mencuba semua cara tapi trafiknya masih kecil kecilan, maka masalah ini dapat diatasi.

Miliki blog yang mempunyai ramai pembaca dan trafik yang banyak bukanlah satu mimpi lagi, ianya mampu menjadi kenyataan hanya dengan satu Software yang mudah dikendalikan. Ciptaan anak Malaysia bangsa Melayu. Perkenalkan RefererXmini.

RefererX Mini adalah
• RefererX Mini adalah software yang beroperasi di computer, dan RefererX memerlukan sambungan internet untuk berfungsi.
• RefererX Mini adalah software yang beroperasi dengan cara asas blogwalking, iaitu melawat ke sesatu blog,meninggalkan komen dan meninggalkan Link URL anda di bahagian komen tersebut .

RefererX Mini = Blogwalking
• RefererX Mini adalah software yang beroperasi dengan cara asas blogwalking, iaitu melawat ke sesatu blog,meninggalkan komen dan meninggalkan Link URL anda di bahagian Chat Box (Shoutmix) tersebut .
• Asas blogawalking ini adalah satu cara mempromosikan blog anda, kerana pada komen yang ditinggalkan membolehkan sesiapa yang klik ke komen anda terus dibawa ke blog anda.
• Jika anda melakukan blogwalking ini secara manual, pergi ke satu-satu blog dan tinggalkan komen, berapa blog seharikah yang anda akan dapat?

Kelebihan Blogwalking bersama RefererX Mini adalah anda tidak perlu lagi pergi satu-satu ke blog untuk meninggalkan komen berserta link anda. Dengan beberapa setting mudah, dengan 1klik , komen dan link Blog anda akan menjajah ke berates,beribu malah berpuluh ribu Blog secara auto.
Macamana cara kerja mengendalikan RefererX Mini

Anda perlu faham, ianya adalah software. Dan sebelum memulakan program pemasaran melalui RefererX Mini, anda perlu mengikuti langkah mudah.

1. Menyediakan proxy
– Proxy yang aktif dapat menyelamatkan anda dari digelar spammer, kerana dengan proxy, sistem yang terbina didalam shoutmix akan diberitahu bahawa link komen anda dating dari banyak tempat, bukan dari satu suber. Jika anda hanya ada satu proxy ianya bermakna anda menghantarnya dari satu tempat ke beribu blog dan dengan ini shoutmix akan mengesan anda adalah spammer. (Anda suka spammer?? Tak kan??)
– Proxy-proxy ini boleh didapati melalui laman web yang menyediakan proxy-proxy ini secara percuma. Caranya adalah dengan Copy proxy dari laman web tersebut dan paste kan ke ruangan Proxy dalam refererX Mini. Setelah itu tekan semak active proxy, dari beribu proxy percuma yang anda dapati, sistem RefererX Mini akan mengenal pasti proxy yang aktif untuk digunakan. Kemudian save proxy yang aktif untuk digunakan masa promosi nanti.

2. Menyediakan Database.
– Database adalah URL blog yang kita ingin refererX Mini jajah dan tinggalkan link kita.
– Database dicari jugak melalui penggunaan software RefererX mini.
– Pencarian database adalah melalui kaedah keyword, dan sistem RefererX Mini akan mencari database melalui keyword yang kita ingini. Kat mana Sistem RefererX mini cari? Google. Jadi setiap laman web pastinya ada keyword tertentu, jadi tugas mencari pun hanya perlu sedikit masa anda untuk tahu keyword apa yang anda inginkan dan selepas itu terus klik dan sistem RefererX Mini akan mencarinya secara auto.
- Contoh – Blog anda adalah blog menjual pakaian baby dan aksesori baby, anda perlu tulis di carian keyword perkataan yang berkaitan dengan produk anda itu seperti Ibu mengandung, anak kembar, keibubapaan,anak soleh,baby cute,anak mummy dll. Selepas itu sistem RefererXmini akan mencari blog yang berkeyword itu dan menyimpanya sebagai database.
- Database ini di save dan akan digunakan kemudian bersama proxy nanti semasa mempromosi.

3. Menyediakan ayat Chating dan Url link anda
- Ini merupakan seni yang anda perlu fikirkan sendiri, membuat ayat supaya link anda diklik oleh orang lain. Ada kolum untuk diisi dan anda boleh simpan sebanyak mana ayat chating dan url link dalam satu masa promosi nanti.
- Sebagai contoh – ayat: Blog kamu sangat cantik Url:www.bloganda.com dan tekan save. Data ini akan digunakan bersama data proxy database url blog untuk mempromosi link anda.

4. Bersedia untuk mempromosi
- Di software RefererX Mini tersedia sistem promo. Bukak dan isikan data-data yang anda sediakan tadi, proxy,database url dan data ayat chating bersama link anda.
- Tekan Start!!!! Dan masa inilah secara autonya link anda akan memasuki menyelinap kedalam blog blog yang telah anda sendirri cari tadi melalui keyword yang anda sediakan. Kalau databasenya 100,000 blog anda bayangkan berapa klik yang akan anda dapat menjadi trafik visitor anda.
Kebiasaanya melalui pengalaman saya, Database 14ribu dapat mengembalikan visitor ke laman web saya sebanyak 200-300 klik sehari. Dan anda hanya memerlukan 1jam sahaja sehari dan digalakan tidak melakukanya (promosi) hari hari. Cukupla 4kali seminggu.
Sebenarnya bersama pembelian RefererX mini ini anda akan mendapat user manual yang lengkap, malah video yang lengkap cara menggunakannya… Bukan itu saja anda akan mendapat support berterusan sepanjang hayat melalui forum dan chating side yang disediakan.

Tapi haruslah di fahami dan diketahui, RefererX mini hanyalah alat bagi mempromosikan link anda untuk menarik visitor,kesannya adalah bila analytic anda mencanak naik, maka dengan autonya nuffnang atau adsense atau serba mak neka lagi yang lain jugak turut naik…hehehe
Perlukah mempromosikan menggunakan RefererX sampai bila bila?
- Terpulang, jika contant anda berguna dan sangat bagus, saya berpendapat tidak perlu kerana bila visitor mengenali dan merasakan kehebatan blog anda mereka akan kembali semula malah mungkin akan mempromote blog anda kepada rakan rakan lain. Seperti yang saya alami melalui laman web saya MyKahwin.my yang sekarang saya tidak lagi mengunakan RefererX lagi, Tapi saya buatkan untuk blog saya yang lain plak.

Bagi anda yang berminat nak dapatkan software RefererXmini ini sila klik di siggy saya dibawah.. dapatkan segera.. jika anda pm saya untuk pembelian saya akan bagi diskaun yang amat tak masuk akal… (eh apepun saja nak terangkan denga lebih lanjut jea) terpromo plak dah

{ 0 comments }

Assalammualaikum kepada pembaca yang di hormati sekalian..

Sudah ramai yang bertanya mengenai status pertandingan Review yang menawarkan hadiah tablet android Toshiba A100 yang bernilai RM1599. Macamana statusnya… Masih on atau tidak atau hanya scam????

 

Begini ceritanya: Buat masa sekarang pertandingan di KIV dulu kerana memberi Masa kepada saya untuk memikirkan perkara yang berbangkit  dalam isu pertandingan ini.

Dan buat pengetahuan semua, Kalau ikutkan pemenang adalah berdasar pemberi hit tertinggi kepada MyKahwin.my jadi yang tidak rasminya pemenangnya adalah saudari asmaa dari http://live.dikelantan.com/2011/05/22/wajib-tengok-sini-sebelum-kahwin/ tapi ini bukan rasmi dan pemenang lagi..

 

So, Apa yang saya nak buat ??

Ada 2 Pilihan

-          Mengumumkan pemenang secara rasmi

-          Mengumumkan Format baru dengan penyertaan sebelum ini diambil kira.

Dan untuk pengetahuan anda.. saya dah beli pun android tu.. so hadiah dah sedia ada.

 

Dan paling penting saya nak mintak maaf atas apa yang berlaku ni, dan saya akan ceritakan kepada anda kenapa saya mengambil tindakan bergini,

  1. Mykahwin telah berkaleborasi bersama 2dayblogger tetapi tidak mendapat kerjasama dan highlight yang sepatutnya seperti mana yang diharapkan.
  2. MyKahwin Membelanjakan Sejumlah wang untuk hadiah RM1599 dan Pengiklanan di 2dayblogger (walaupun 2dayblogger adalah rakan kaleborasi pertandingan ini) sejumlah RM100 dan iklan itu hanya untuk sebulan.
  3. Pernah menghantar email kepada 2dayblogger untuk berbincang mengenai syarat yang susah (mewajibkan widget) tetapi tiada balasan dar pihaknya.
  4. RM1700 lebih kurang dilaburkan tetapi penyertaan hannyalah kurang 20 orang, Ini membuatkan Mykahwin memikirkan tidak berpadanan.

Maaf sekali lagi dan terima kasih atas kesabaran anda

{ 0 comments }

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hari ini saya nak perkenalkan kepada korang semua satu pertandingan review yang dianjurkan oleh MyKahwin.my dengan kerjasama blog 2DayBlogger.Com.

Pertandingan ini menawarkan hadiah utama yang cukup menarik iaitu Android Toshiba AS100 yang berharga RM 1599.Selain daripada hadiah utama,terdapat juga hadiah sampingan untuk 5 lagi pemenang.Hadiah berkenaan adalah:-

1.     2 Hosting Plan Berharga RM 100 tajaan 2dayblogger.Com

2.     3 Ebook Rahsia Trafik 10 K (Limited Edition) dari 2dayblogger.com.

Menarik bukan??Korang tak nak join ke???Macam mana nak join pertandingan ini??

Cara-Cara Untuk Menyertai Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 (RM1599)

1.     Buatkan satu entri yang menarik mengenai MyKahwin.my (Min 200 word) – Publish kat blog korang.

2.     Sticky entri korang itu selama sebulan…

3.     Like Facebook myKahwin.my www.facebook.com/MyKahwin

4.     Follow myKahwin.my di Twitter

5.     Letakkan Feed Widget 2dayblogger di blog korang(Contoh lihat blog Mrkodet)-Lihat Tutorial Kat Bawah!

6.     Like Facebook 2Dayblogger.Comhttp://www.facebook.com/2dayblogger

7.     Join Twitter 2dayblogger @ http://twitter.com/2dayblogger

8.     Tag 5 orang kawan blogger korang(Wajib)

9.     Done-Bila siap,korang paste link entri korang di ruang komen kat bawah dan di blog MyKahwin.my.

Apa Yang Perlu Ditulis Didalam Review Korang?

1.     Review apa sahaja mengenai MyKahwin dan mesti promote website MyKahwin.my

2.     Review yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

3.     Didalam review korang mesti diletakkan link ke website MyKahwin.my + banner/header dari MyKahwin.my

4.     Untuk Perenggan terakhir korang,korang perlu copy paste ayat dibawah ini:-Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 ini telah ditaja oleh MyKahwin.my dengan kerjasama blog 2DayBlogger.Com. Jom kita ke 2dayblogger.com untuk belajar dan berkongsi ilmu Blogging dan Isu Semasa bersama Faisal Abdullah.

Hadiah Utama Android Toshiba AS100

Hadiah Pemenang Pertama


Kalau korang nak tahu,diatas itu adalah hadiah utama untuk pertandingan ini.Android Toshiba AS100 yang berharga RM1599. Menarik betul hadiah ini….Saya pun nak satu.=)

Cara Nak Letak Feed Widget 2dayblogger

1.     Login Dashboard Blogger.Com

2.     Pergi ke Design Dan Klik Add a Gadget

3.     Pilih Widget Feed dan masukkan feed link ini, http://www.2dayblogger.com/blog/feed/ dan klik continue

4.     Lepas itu tukar title kepada “Perkongsian Ilmu Di 2DayBlogger.Com

5.     Pilih show 5 item sahaja kemudian save.

6.     Selesai.

Tarikh Tamat Pertandingan

Pertandingan ini bermula 10 April 2011 dan akan berakhir pada 10 Julai 2011(3 bulan).

Bagaimana Pemenang Dikira?

Pemenang akan dipilih oleh myKahwin.net menerusi review entri yang menarik dan terbaik mengenai website MyKahwin.my

What Next??

Apa lagi,jomlah kita pakat join aktiviti ini.Hadiah yang cukup menarik untuk direbut.Adakah korang pemenang kepada hadiah-hadiah berkenaan???

Macam mana nak menang kalau tak join..betul tak?hehe..Let rock!!!!

Sekian,Terima Kasih….

p/s:maaf sebab banyak syarat korang kena buat sebab hadiah pun mahal jadi syarat pun kenalah setimpal kan?hehe..

 

  1. http://www.suarabawahtanah.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html (Tahniah-Bonus RM 10)
  2. http://syu90contest.blogspot.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html (Tahniah-Bonus RM 10)
  3. http://effa-k-poh.blogspot.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html#links (Tahniah-Bonus RM 10)
  4. http://www.mrkodet.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html (Tahniah-Bonus RM 10)
  5. http://kizmyself.blogspot.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html (Tahniah-Bonus RM 10)
  6. http://diarydyan.blogspot.com/2011/04/apa-ade-dengan-mykahwinmy.html (Tahniah-Bonus RM 10)
  7. http://www.mialiana.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html(Tahniah-Bonus RM 10)
  8. http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/mykahwin-dot-my-direktori-perkahwinan.html(Tahniah-Bonus RM 10)
  9. http://www.izwanyusof.com/blog/pakej-perkahwinan-pengiklanan-mykahwin/ (Tahniah-Bonus RM 10)
  10. http://fikri.my/blog/2011/04/22/mudahkan-urusan-perkahwinan-anda-dengan-mykahwin-my.html (Tahniah-Bonus RM 10)
  11. http://easy-xs.blogspot.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html(Tahniah-Bonus RM 10)
  12. http://senyuman-saya.blogspot.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html (Tahniah-Bonus RM 10)
  13. http://honeyvsbee.blogspot.com/2011/04/pertandingan-review-dan-menang-android.html (Tahniah-Bonus RM 10)

 

{ 37 comments }

Mykahwin.my ,Direktori Perkahwinan Malaysia menganjurkan Pertandingan Foto bertemakan Perkahwinan. Pertandingan ini semperna pelancaran Laman web MyKahwin.my yang akan Beroperasi secara Formalnya pada 15hb April 2011.

 

Maklumat Tentang Pertandingan

Pertandingan : akan bermula pada  18 April 2011 (isnin) dan akan berlansung selama 2 minggu sehingga tarikh tutup pertandingan  2 Mei 2011 (isnin).

 

Hadiah Pertandingan

 

Hadiah Pertama

BEG KATA

 

TEMPAT KEDUA

 

HADIAH SAGUHATI

10 Peserta Terawal x T-SHIRT


Syarat Pertandingan Foto Perkahwinan

1. Gambar semestinya ada kaitan dengan Tema Perkahwinan

2.Tiada pengubahsuaian dibenarkan kecuali pengubahsuaian pada brightness/contrast

3. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia

4. Pengadilan berdasarkan subjek, ketika, komposisi imej, kualiti teknikal, keaslian, kreativiti dan teknik.

5. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan ke atas barang-barang, hasil seni, model, individu atau objek yang terlibat dalam setiap imej untuk pertandingan ini.

6.Setiap penyertaan adalah menjadi hak mutlak kepada pihak penganjur untuk digunakan dalam sebarang promosi atau komersil.

7. Keputusan pengadil adalah muktamad,tiada bantahan atau cadangan akan dilayan.

 

Cara Penyertaan

1. Like facebook Fan Page MyKahwin.my
2. Follow MyKahwin.my Twitter
3. Daftar Perkhidmatan fotografi anda di mykahwin.my (percuma)
4. Upload foto Perkahwinan terbaik di fb Mykahwin.my dan tagkan 5orang sahabat anda. (Foto haruslah di letakan Logo MyKahwin.my) – ambil disini
5. Ambil URL Perkhidmatan Yang telah anda daftarkan di MyKahwin.my dan post di wall anda dengan format ‘Pertandingan Foto Perkahwinan MyKahwin.my ‘ Contoh URL – http://www.mykahwin.my/index.php?option=com_mtree&task=viewlink&link_id=12&Itemid=222 (URL ini anda akan dapat sebaik sahaja pihak mykahwin.my meluluskan direktori perniagaan anda di mykahwin.my),

 

{ 2 comments }

Bayangkan, sesuatu yang anda lakukan dengan penuh minat diterima oleh orang lain, itulah yang saya rasakan sekarang ni, debaran menerima yang pertama telah pun saya harungi dengan perasaan teruja sekali, dan AlhamduLILLAH setelah itu, 7 lagi debaran saya lalui dengan bergaya dan jayanya.

Sesuatu yang Besar itu bermula dengan langkah yang Pertama…..

Saya merasakan potensi MyKahwin.my adalah tersangat besar. walaupu dalam 2 hari dapat 8 orang yang mendaftar, tapi ini baru satu langkah, ni baru Prelaunch.. apepun sudah teruja dengan hasilnya.

Tempahan ruang iklan pun dah berjaya dibuat oleh orang yang berani, dan percayakan potensi besar Mykahwin.my Terima kasih Bro Hadi. Anda seorang yang berhati besar.

Berikut merupakan 8 yang mula mula mendaftarkan servis mereka di MyKahwin.my

[click to continue…]

{ 2 comments }

[click to continue…]

{ 0 comments }

MyKahwin.my sekarang dalam mood yang teruja, segala perancangan telah berlaku dengan izinNYA, sungguh lancar dan ini membuatkan kami teruja dan kurang sabar untuk melancarkan laman web www.MyKahwin.my ni dengan secepat mungkin.

Tarikh yang sesuai telah pun diintai, persiapan laman web pun dan 90% siap, cuma yang tinggal hanyalah kerja baki laman web yang dalam proses pemerhatian orang yang hebat, Encik Baloot. Memang hasil kerja Baloot memberansangkan otak dan jasad saya. Kekadang tu tersenyum sesorang tgk hasil kerja beliau. Sekarang Fokus yang utama adalah PROMOSI www.MyKahwin.my, Idea dari ramai kawan diminta untuk membuatkan proses promosi ni berkesan. Banyak idea dan ada yang kelakar…

Promosi dan Pemasaran yang Bakal www.MyKahwin.my lakukan bakal memberi peluang kepada pengguna Memenangi beberapa Hadiah antaranya Android Froyo berjenama Hitachi yang bernilai RM1599

[click to continue…]

{ 3 comments }

Mykahwin.my Adalah Penaja Bersama

{ 0 comments }

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang dihargai, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca satu sejarah yang tercipta. Sejarah dalam hidup aku khasnya dan kepada kamu amnya.

Idea pertama untuk membangunkan satu laman web direktori tercetus sudah lama, sejak aku belum tahu apa apa lagi ttg coding dan pembangunan laman web. Terpengaruh dek kehebatan mudah.my membuatkan aku selalu terfikirkan idea untuk memudahkan urusan orang lain dan sekali gus memberi nilai tambah kepada diri aku. Sejak dari kecik, peel untuk memudahkan sistem yang ada membuatkan aku selalu berfikir untuk mencari penyelesaian, dan hari ini penyelesaian ini adalah kerana pengalaman aku sebagai seorang insan yang ingin mencari satu cara yang mudah dalam urusan mencari perkhidmatan bagi hal perkahwinan.

Tujuan utama Direktori Perkahwinan dibina adalah untuk memudahkan…

Kepesatan teknologi maklumat telah membawa satu cara lain dalam dunia pemasaran, dan bagi aku, perkhidmatan dalam hal perkahwinan ini banyak menerima impaknya. Mana tidaknya, dulu bakal pngantin akan pergi satu demi satu kedai baju penganti, jurugambar, kedai kek, dan banyak lagi hanya untuk mencari yang terbaik untuk majlis mereka.

Kini dengan kepesatan ilmu dan teknologi, semuanya berlaku dalam alamaya sahaja. Bakal pengantin sekarang lebih banyak habiskan masa memilih mereka di alamaya dan akan ke kedai anda hanya untuk membuat keputusan akhir atau bayaran sahaja.

Maka dengan menyedari perlunya satu medium baru pemasaran untuk sama sama membantu industri kretif ini, maka terhasilah www.mykahwin.my

Satu laman web direktori perkahwinan yang akan menitik beratkan pemasaran secara profesional bagi memberi limpahan trafik kepada anda melalui penyebaran info anda secara percuma di direktori kami.

KONSEP KAMI

Konsep 1

Konsep2

Konsepnya sungguh mudah. Seumpama satu sistem yang ada timbal balas, anda menyertai direktori kami secara percuma dan kami akan melakukan pemasaran di blog dan laman web berhit tinggi seperti www.beautifulnara.com , www.ohartis.com , www.redmummy.com dan ramai lagi blogger di luar sana.

Maksudnya, Dengan menyertai kami, anda berpeluang untuk beriklan di laman web tersohor di alamaya Malaysia ini, dan biasanya untuk beriklan di blog atau laman web mereka anda perlukan perbelanjaan yang banyak.

Selamat datang ke Direktori Perkahwinan yang mementingkan pemasaran kami dan sekali gus anda akan dipasarkan sekali,eheheekk…

Terima Kasih dan Salam

{ 2 comments }